Penggunaan Halangan dalam Meningkatkan Teknik Lompat Jauh Murid Tahun Lima

  • Mahendran S
  • Muhamad T
N/ACitations
Citations of this article
23Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membantu guru dalam meningkatkan teknik dan kuasa lonjakan lompat jauh semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani bagi murid tahun 5 di Sk Taman Desaminium dengan menggunakan latihan pliometrik iaitu 'Penggunaan Kotak Pelbagai Ketinggian'. Seramai lima orang murid lelaki yang terlibat. Kajian ini telah menggunakan tiga jenis kaedah iaitu pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan ujian lompat jauh berdiri. Latihan pliometrik iaitu 'Penggunaan Kotak Pelbagai Ketinggian' dijalankan kepada peserta kajian untuk meningkatkan teknik dan kuasa lonjakan lompat jauh. Kesimpulannya, guru dapat membantu meningkatkan teknik lompat jauh dan kuasa lonjakan kaki dalam kalangan murid dengan menggunakan latihan pliometrik 'Penggunaan Kotak Pelbagai Ketinggian'. Kelebihan kajian ini adalah dapat menjimatkan kos kerana menggunakan kotak, kon dan marker sahaja. Manakala, kelemahan kajian ini ialah halangan ataupun kotak yang disediakan hanya lima halangan sahaja. Pada kajian akan datang, pengkaji bercadang untuk memperbanyakkan lagi kotak pelbagai ketinggian bagi meningkatkan minat murid.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mahendran, S., & Muhamad, T. A. (2022). Penggunaan Halangan dalam Meningkatkan Teknik Lompat Jauh Murid Tahun Lima. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), e001399. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1399

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free