Analisis Tafsiran Asnaf Al-Gharimin di Malaysia

  • Md Yusof S
  • Md Tahir R
N/ACitations
Citations of this article
39Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Islam memperuntukkan zakat sebagai salah satu cara dalam penyelesaian isu hutang. Namun masih terdapat sebilangan individu yang tidak mampu menyelesaikan hutang sehingga diisytiharkan muflis. Masalah keberhutangan dan muflis bukan sahaja menimbulkan kesan yang negatif kepada individu tersebut malah ahli keluarga turut menerima tempiasnya. Persoalannya, adakah semua golongan yang berhutang dan muflis layak untuk mendapatkan zakat bagi mengatasi masalah ini? Sejauh manakah tafsiran asnaf al-gharimin yang sedia ada di Malaysia merangkumi semua golongan yang berhak menerima zakat? Artikel ini bertujuan meneliti tiga perkara utama. Pertama, meneliti isu hutang dan muflis dari perspektif Islam. Kedua, meneliti isu hutang dan muflis di Malaysia. Ketiga, meneliti adakah tafsiran asnaf al-gharimin bagi setiap negeri di Malaysia menyeluruh merangkumi setiap golongan yang berhak menerima zakat. Untuk itu, analisis kandungan berdasarkan data sekunder dijadikan kaedah utama dengan meneliti tafsiran zakat asnaf al-gharimin di setiap negeri di Malaysia. Kajian ini mendapati tafsiran asnaf al-gharimin adalah tidak menyeluruh dan tidak seragam antara negeri-negeri di Malaysia. Oleh itu, penambahbaikan terhadap tafsiran asnaf al-gharimin perlu dilakukan oleh pihak yang berkaitan.   Kata kunci: Asnaf al-gharimin, zakat, hutang.

Cite

CITATION STYLE

APA

Md Yusof, S., & Md Tahir, R. (2015). Analisis Tafsiran Asnaf Al-Gharimin di Malaysia. International Journal of Management Studies, 22. https://doi.org/10.32890/ijms.22.2015.10461

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free