Penggunaan Display Light Board (DLB) Untuk Meningkatkan Kemahiran Teknik Melukis Bentuk Geometri Secara ‘Still Life’

  • Ladin C
  • Mazan S
N/ACitations
Citations of this article
13Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pelajar didapati sukar melukis bentuk objek khususnya bentuk geometri dan tidak dapat menentukan arah cahaya dan saiz bayang yang tepat semasa melukis. Ini menyebabkan lukisan tidak nampak relistik dari segi bentuk dan konteks pencahayaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan display light board (DLB) dalam meningkatkan kemahiran teknik melukis bentuk geometri secara ‘still life’. Display Light Board menggabungkan unsur cahaya dan latar belakang putih untuk menimbulkan kesan cahaya dinamik dan dramatik kepada bentuk-bentuk geometri yang diletakkan di atasnya. Kajian secara kualitatif dijalankan terhadap 10 orang pelajar tingkatan 4 yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian dan kajian dokumen. Satu alat inovasi iaitu Model DLB digunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran pelajar untuk melukis cahaya dan bayang dengan tepat. Lampu dinyalakan ke arah bentuk-bentuk geometri yang diletakkan diatas papan, sehingga terhasil kesan cahaya dan bayang yang dapat dijadikan panduan kepada pelajar untuk melukis bentuk yang efektif. Hasil penggunaan model DLB  menunjukkan 100% pelajar mudah melihat dan faham arah cahaya serta bentuk bayang yang terhasil daripada cahaya lampu yang dipasang. 90 % daripada mereka dapat melukis objek dengan baik dengan mengenal pasti kedudukan bayang yang tepat pada objek. Justeru, kajian mencadangkan supaya Model  DLB ini dapat digunakan oleh pelajar untuk memahami konsep melukis objek dengan tepat secara ‘still life’ dengan adanya kesan cahaya dan bayang yang jelas. Guru dapat menadikan DLB ini sebagai bahan bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ladin, C. A., & Mazan, S. M. (2021). Penggunaan Display Light Board (DLB) Untuk Meningkatkan Kemahiran Teknik Melukis Bentuk Geometri Secara ‘Still Life.’ Sains Insani, 6(2). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.286

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free