KERANGKA KAJIAN PENYELIDIKAN PEMERKASAAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM

  • Shamsudin A
  • Othman A
  • Ishak K
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
11Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

AbstrakArtikel ini bertujuan untuk mengemukakan kerangka penyelidikan tentang hubungan antara perkhidmatan sokongan kerajaan dan pemerkasaan keusahawanan serta ciri-ciri peribadi sebagai penyederhana dalam hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut dalam kalangan pelajar universiti awam. Umumnya, cabaran utama bagi para graduan apabila menamatkan pengajian ialah untuk mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang pengajian mereka. Malah, kadar pengangguran dalam kalangan siswazah masa kini turut membimbangkan. Sebagai tindakan alternatif, pihak kerajaan amat menggalakkan supaya para pelajar diberi pendedahan tentang ciri-ciri keusahawanan semasa mereka masih mengikuti pengajian lagi. Pemerkasaan merujuk kepada sikap proaktif untuk berjaya dalam bidang ini. Selain daripada itu, perkhidmatan sokongan kerajaan amat diperlukan oleh semua usahawan dan PKS termasuk juga para pelajar yang menceburi bidang ini. Dapatan penyelidikan terdahulu membuktikan terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah. Hasil penyelidikan ini dijangka dapat memberi sumbangan dalam usaha menanam minat supaya lebih ramai para graduan memilih keusahawanan sebagai pilihan kerjaya serta membantu mereka berjaya dalam bidang ini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Shamsudin, A. S., Othman, A. R., Ishak, K. A., & Abd Rahman, R. (2018). KERANGKA KAJIAN PENYELIDIKAN PEMERKASAAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM. Jurnal Kinabalu. https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1680

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free