Modal Sosial dan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia Luar Bandar di Kuala Rompin, Pahang

  • Misuari Baharodin N
  • Abdul Mutalib M
  • Abdullah A
N/ACitations
Citations of this article
11Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini meneroka potensi belia luar bandar di Kuala Rompin, Pahang dalam meningkatkan sosioekonomi hidup mereka melalui modal sosial dan pemerkasaan. Fokus diberikan kepada belia yang tidak berhijrah ke bandar walaupun berhadapan dengan kekangan seperti akses pendidikan dan peluang pekerjaan yang terhad. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penglibatan belia dalam aktiviti sosioekonomi, meneroka peranan elemen modal sosial iaitu ikatan, rapatan, dan rantaian serta mendeskripsikan pemerkasaan belia dalam aspek sosial dan ekonomi. Berlandaskan teori strukturasi Giddens dan modal sosial Bourdieu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual bersama belia yang terlibat dalam aktiviti ekonomi. Informan dipilih menggunakan strategi pensampelan bertujuan dan bola salji. Kajian ini menggunakan analisis data secara tematik, melibatkan tiga langkah utama iaitu memahami data, menyusun kod dan mencari tema. Hasil kajian menunjukkan bahawa elemen modal sosial memainkan peranan yang besar dalam pemerkasaan sosioekonomi belia luar bandar dengan menyediakan rangkaian sokongan, akses kepada peluang, dan memperkukuh daya tahan mereka dalam menghadapi cabaran ekonomi. Selain itu, kajian mendapati bahawa pelbagai usaha pemerkasaan yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan wujud dalam kalangan belia di Kuala Rompin, Pahang, namun tahap penyertaan dan keberkesanan program-program ini masih memerlukan penambahbaikan. Implikasi kajian ini mencadangkan keperluan untuk memperkukuh jaringan modal sosial dalam kalangan belia, meningkatkan keberkesanan program pemerkasaan sedia ada, serta memperluaskan akses kepada peluang ekonomi yang lebih inklusif. Kajian ini diharapkan dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi keterlibatan ekonomi belia luar bandar serta menyumbang kepada pembangunan dasar yang lebih berkesan bagi memperkasa sosioekonomi mereka.

Cite

CITATION STYLE

APA

Misuari Baharodin, N., Abdul Mutalib, M. H., & Abdullah, A. (2025). Modal Sosial dan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia Luar Bandar di Kuala Rompin, Pahang. E-Bangi Journal of Social Science and Humanities, 22(1). https://doi.org/10.17576/ebangi.2025.2201.32

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free