Abstract
Satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan atau hukum sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa adalah dua bentuk, iaitu morfologi dan sintaksis. Penguasaan tatabahasa memainkan peranan penting dalam PdP guru dan pelajar berupaya menguasainya dalam ilmu linguistik bidang huraian hingga ke peringkat ayat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan penggunaan kata kerja dan menganalisis penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar. Responden yang terlibat adalah seramai 100 orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah berasrama penuh.Kaedah kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan menganalisis dapatan ujian tatabahasa yang telah diedarkan kepada pelajar. Dapatan kajian dianalisis menggunakan bantuan perisian SPSS versi 26.0 dan dianalisis menggunakan penentuan ujian skor min bagi mengetahui tahap tinggi, sederhana dan rendah pengukuran markah pelajar. Pengkaji mengumpul data menerusi sampel kajian, iaitu secara rawak mudah. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif melalui nilai skor mod, skor median, frekuensi dan peratusan. Melalui dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat tahap penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar yang dapat mengatasi masalah penggunaan kata kerja. Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa terdapat tahap penguasaan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar, jenis-jenis kesilapan penggunaan kata kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar. Melalui pengujian yang dijalankan ujian deskriptif, penguasan penggunaan kata kerja pelajar berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan kata kerja mempunyai potensi yang baik dan menjadi pengukuran penguasaan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa.
Cite
CITATION STYLE
Isa, A. K., Hamzah, Z. A. Z., & Sha’ri, S. N. (2021). Tahap Penguasaan Penggunaan Kata Kerja dalam kalangan Pelajar di Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 90–104. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.1.7.2021
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.