Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi dengan nilai kerja di kalangan guru–guru Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Kajian berbentuk korelasi ini melibatkan 91 orang guru–guru yang mengajar di negeri Melaka. Data telah dikumpulkan menggunakan dua jenis soal selidik iaitu: Soal selidik Emotional Quotient (EQ) dan Nilai Kerja. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan Pearson Product Moment Correlation untuk melihat hubungan antara kedua–dua pemboleh ubah yang dikaji. Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dan nilai kerja di kalangan responden. Hubungan yang signikan ini perlu diberi perhatian di dalam corak latihan para pendidik di Malaysia di masa–masa akan datang.
Cite
CITATION STYLE
Mohd. Ishak, N., Mustapha, R., Ariffin, S. R., & Syed Hassan, S. N. (2012). Kecerdasan Emosi dan Hubungannya dengan Nilai Kerja. Jurnal Teknologi. https://doi.org/10.11113/jt.v39.477
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.