Pembinaan dan Pengesahan Instrumen Penilaian Pelajar Sekolah dalam Penjara di Malaysia

  • Mohamad Hashim N
  • Taat M
N/ACitations
Citations of this article
18Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangun dan mengesahkan instrumen untuk menilai kemenjadian pelajar di sekolah dalam penjara di Malaysia. Berdasarkan kajian literatur dan sesi perkongsian dengan guru-guru berpengalaman yang mengajar di sekolah dalam penjara, pengkaji mengenal pasti konstruk dan item yang menyumbang kepada pengukuran kemenjadian pelajar. Kesahan dan kebolehpercayaan telahlah dilakukan ke atas item yang dibina. Kesahan kandungan instrumen ini melibatkan 8 orang pakar dalam pelbagai bidang. Seramai 432 pelajar terlibat di dalam kajian ini. Hasilnya instrumen baru dibangunkan terdiri daripada 4 konstruk kemenjadian pelajar iaitu sikap pembelajaran, motivasi pencapaian, akhlak dan kendiri akademik. Analisis faktor penerokaan dijalankan bagi mendapatkan kesahan konstruk menggunakan perisian SPSS. Muatan faktor setiap item adalah dalam julat 0.669 hingga 0.805 dan nilai kebolehpercayaan (alpha) pula adalah dalam julat 0.78 hingga 0.83. Jumlah keseluruhan item yang dibina berdasarkan konstruk tersebut ialah sebanyak 55 item. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan instrumen ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diguna pakai dalam menilai kemenjadiaan pelajar di sekolah dalam penjara di Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohamad Hashim, N., & Taat, M. S. (2022). Pembinaan dan Pengesahan Instrumen Penilaian Pelajar Sekolah dalam Penjara di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(10), e001764. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i10.1764

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free