Faktor Penentu Prestasi Pelajar Matrikulasi dalam Subjek Perakaunan

  • Ishak Z
  • Abdul Manaf N
  • Mat Zin R
N/ACitations
Citations of this article
70Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan prestasi pelajar dalam subjek perakaunan di peringkat matrikulasi. Berdasarkan 450 soal selidik yang dikeluarkan, analisis kajian ke atas 393 sampel yang boleh digunakan menunjukkan purata gred pelajar secara keseluruhannya berada dalam lingkungan C. Penemuan kajian dengan menggunakan kaedah “stepwise” regresi berkali, menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara markah perakaunan pengurusan dengan purata mata gred keseluruhan dan pencapaian bagi subjek perakaunan kewangan yang diambil oleh pelajar dalam semester sebelumnya. Di samping itu, sikap, jangkaan tahap motivasi dan jangkaan markah menunjukkan hubungan yang signifikan dengan prestasi pelajar. Bagaimanapun, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pelajar yang tidak mempunyai pendedahan awal dalam subjek perakaunan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan mereka yang mempunyai pendedahan awal dalam subjek perakaunan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ishak, Z., Abdul Manaf, N. A., & Mat Zin, R. (2008). Faktor Penentu Prestasi Pelajar Matrikulasi dalam Subjek Perakaunan. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 5. https://doi.org/10.32890/mjli.5.2008.7599

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free