Penguasaan Kosa Kata Terhadap Penulisan Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah: Kajian daripada Perspektif Guru

  • Aluwi A
  • Abdul Ghani M
N/ACitations
Citations of this article
47Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstrak: Pembelajaran bahasa Arab telah diperkenalkan sebagai bahasa asing yang dipelajari dari peringkat rendah sehingga peringkat universiti di Malaysia. Bahasa Arab mempunyai empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bagi menguasai keempat-empat kemahiran utama ini, pelajar perlu menguasai kosa kata kerana ia merupakan kunci utama dalam menguasai bahasa Arab. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka tahap penguasaan kosa kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah di negeri Terengganu dan kesannya terhadap kemahiran menulis. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Kaedah temubual separa berstruktur telah dijalankan bagi mengumpul data utama. Seramai 5 orang menyertai temubual separa berstruktur ini terdiri daripada guru bahasa Arab yang mengajar mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiyyah Al-Mu’asirah lebih dari lima tahun dan 20 pelajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Terengganu. Peserta kajian dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan di mana semua peserta boleh memberi maklumat dengan mendalam dan mampu memberi komitmen sepanjang tempoh kajian dijalankan. Analisis tematik digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi melalui penggunaan perisian Atlas.ti. Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai tahap kosa kata yang baik dan mempunyai minat yang tinggi terhadap bahasa Arab. Selain itu, kajian ini juga mendapati, penguasaan kosa kata memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kompetensi kemahiran menulis bahasa Arab. Kepelbagaian pendekatan PdP juga membantu pelajar untuk menguasai kosa kata dan meningkatkan krativiti dalam menulis bahasa Arab.   Abstract: Learning Arabic has been introduced as a foreign language taught from the lowest level to the university level in Malaysia. Arabic has four primary skills: listening, speaking, reading, and writing. In order to master these four essential skills, students need to master vocabulary, as it is the primary key to learning Arabic. Therefore, the main objective of this study is to explore the level of vocabulary mastery in Arabic writing among students of the Secondary School of Religion in the state of Terengganu and its impact on writing skills. This is a qualitative study. A semi-structured interview method has been implemented to gather critical data. A total of 5 participants participated in this semi-structured interview, consisting of Arabic language teachers who taught Arabic subjects for more than five years and 20 students at Khairiah High School of Religion, Terengganu. Study participants are selected using a targeted sampling method in which all participants can provide in-depth information and make commitments throughout the study. Thematic analysis is used to analyse data obtained through the use of Atlas.ti software. Overall, the study's results found that students with a good vocabulary level had a high interest in Arabic. In addition, the study also found that mastery of vocabulary plays a vital role in mastering four language skills, especially writing skills.

Cite

CITATION STYLE

APA

Aluwi, A. M., & Abdul Ghani, M. T. (2023). Penguasaan Kosa Kata Terhadap Penulisan Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Khairiah: Kajian daripada Perspektif Guru. Sains Insani, 8(2), 294–303. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol8no2.573

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free