Strategi Kognitif Dalam Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua: Relevansi dan Impak

  • Mohd Afandi A
  • Zaini A
  • Norul ‘Azmi N
N/ACitations
Citations of this article
64Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Dalam pembelajaran bahasa kedua, kaedah pembelajaran yang sempurna menjadi keperluan kepada pelajar untuk mencapai matlamat mereka dalam menguasai bahasa yang dipelajari. Pelbagai strategi telah dikenal pasti dalam usaha untuk mencapai kaedah pembelajaran bahasa kedua yang baik. Kajian strategi pembelajaran yang dilakukan sebelum ini lebih tertumpu kepada kaedah pembelajaran kosa kata dan bahasa secara menyeluruh. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti relevansi penerapan strategi kognitif dalam pembelajaran bahasa kedua dan menentukan impak penerapan strategi kognitif dalam penguasaan kosa kata dalam bahasa kedua pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang menerapkan pendekatan analisis dokumen yang dihurai secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa strategi kognitif wajar dipraktikkan dalam proses pembelajaran kosa kata kerana mempunyai tahap relevansi yang tinggi. Walau bagaimanapun tumpuan kepada penekanan dan penggunaan pelajar terhadap strategi kognitif berada pada tahap sederhana. Namun begitu hasil daripada tinjauan literatur mendapati strategi kognitif dalam pembelajaran kosa kata bahasa kedua boleh membantu pelajar dari segi pembelajaran, penguasaan dan pengukuhan sesuatu bahasa tersebut.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Afandi, A. N., Zaini, A. R., & Norul ‘Azmi, N. A. (2023). Strategi Kognitif Dalam Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua: Relevansi dan Impak. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 5(1), 63–74. https://doi.org/10.53840/ejbl.v5i1.130

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free