Abstract
Kajian ini memfokuskan kepentingan E-Modul dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV). Cetusan idea kajian ini terhasil bertujuan untuk memberi kesedaran kepada guru Pendidikan Seni Visual tentang kepentingan penggunaan E-Modul dengan mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan mewujudkan bilik darjah yang aktif. Penggunaan bahan bantu mengajar menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) terbukti berkesan dan mampu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang aktif serta guru dapat merancang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan tersusun dan berkualiti. Dapatan kajian lepas mendapati kepentingan E-Modul dalam Pengajaran dan Pengajaran (PdP) Pendidikan Seni Visual (PSV) iaitu: (1) meningkatkan pedagogi guru PSV; (2) menepati pembelajaran Abad Ke-21; (3) mengurangkan masalah bilik darjah; (4) panduan dan rujukan guru menyampaikan maklumat; (5) peningkatan tahap pengetahuan dan penguasaan murid. Artikel ini memberikan inspirasi dan manfaat kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual bagi memantapkan lagi penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta meningkatkan kualiti pedagogi guru seiring dengan perubahan globalisasi Abad Ke-21.
Cite
CITATION STYLE
Hamzah, N., Ramli, H., & Khairani, Mohd. Z. (2022). Kepentingan E-Modul dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(12), e001971. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i12.1971
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.