Reka bentuk dan hiasan linangkit pada pakaian tradisional Dusun Lotud di Tuaran

  • Jusilin H
  • Kindoyop S
N/ACitations
Citations of this article
15Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Sabah kaya dengan budayanya yang unik, termasuk fesyen pakaian yang amat rencam sifatnya. Pakaian tradisional etnik di Sabah mempunyai ciri-ciri yang amat menarik untuk diselidik kerana mencerminkan identiti budaya sesebuah etnik. Ia merupakan warisan peninggalan nenek moyang yang diturunkan sejak zaman berzaman. Dalam kajian ini, pakaian tradisional masyarakat Suang Lotud di daerah Tuaran, Sabah akan menjadi subjek kajian. Suang Lotud mempunyai tiga jenis pakaian tradisional iaitu pakaian yang digunakan oleh tantagas (ketua ritual), pakaian penari sumayau untuk tarian persembahan dan pakaian perkahwinan. Kajian ini tertumpu pada reka bentuk dan hiasan linangkit yang mendominasi hiasan gonob dan kuluwu dalam pakaian tradisional Lotud. Linangkit (sulaman) merupakan nama panggilan kepada motif geometri yang dihasilkan berasaskan teknik sulaman. Artikel ini ditulis melalui kaedah kerja lapangan dengan mengumpul dan mendokumentasi seberapa banyak rekaan linangkit tersebut dan mengkategorikan reka bentuk dan hiasan linangkit mengikut penghayatan estetika.

Cite

CITATION STYLE

APA

Jusilin, H., & Kindoyop, S. (2016). Reka bentuk dan hiasan linangkit pada pakaian tradisional Dusun Lotud di Tuaran. Jurnal Gendang Alam (GA). https://doi.org/10.51200/ga.v5i.16

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free