Amalan Efikasi Guru dan Hubungan dengan Kepedulian Kerja Guru MRSM

  • Darus F
  • @Jerry Abdullah M
N/ACitations
Citations of this article
16Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan efikasi guru dengan kepedulian kerja guru serta melihat pengaruh efikasi guru terhadap kepedulian kerja guru Maktab Rendah Sains MARA. Kajian menggunakan kaedah tinjauan. Beberapa teknik pensampelan digunakan iaitu pensampelan tiga tahap iaitu tahap satu (1) ialah pensampelan rawak kelompok besar; tahap dua (2) ialah pensampelan rawak kelompok kecil dalam kelompok besar; tahap tiga (3) ialah pensampelan rawak elemen dalam kelompok kecil dengan mengedarkan satu set borang soal selidik yang telah diadaptasi daripada penyelidik asal. Seramai 363 orang responden yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan akademik dan guru-guru kanan subjek di 20 buah MRSM seluruh Malaysia telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi guru MRSM adalah tinggi dan memiliki hubungan yang kuat dengan kepedulian kerja guru. Seterusnya pengaruh efikasi guru terhadap kepedulian kerja guru pada nilai r²= 0.267 pada nilai signifikan p<0.05 menunjukkan hanya strategi pengajaran dan penglibatan murid berupaya menjadi pengaruh kepada kepedulian kerja guru.

Cite

CITATION STYLE

APA

Darus, F., & @Jerry Abdullah, M. K. (2021). Amalan Efikasi Guru dan Hubungan dengan Kepedulian Kerja Guru MRSM. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(6), 201–208. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i6.818

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free