Pencegahan Jenayah Pecah Rumah Bagi Menjamin Keselamatan Masyarakat: Suatu Pemerhatian Awal

  • Abd Malek N
  • Mohd Pauzi H
  • Awang Noh N
N/ACitations
Citations of this article
22Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Permasalahan jenayah pecah rumah merupakan suatu permasalahan sosial yang memberikan kesan kepada keselamatan masyarakat. Jenayah pecah rumah ini merupakan suatu jenayah harta benda yang sering terjadi dan jenayah ini kerap dilaporkan berbanding jenayah kekerasan di Malaysia. Amalan pencegahan jenayah perlu dilaksanakan dalam mengawal permasalahan jenayah pecah rumah supaya dapat menjamin keselamatan masyarakat Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan mengenai langkah-langkah pencegahan jenayah pecah rumah bagi menjamin keselamatan masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kepada penelitian terhadap kajian-kajian lepas. Oleh itu, penelitian kajian lepas bagi langkah-langkah pencegahan jenayah pecah rumah akan dibincangkan. Langkah pencegahan seperti pemantauan pihak berkuasa PDRM, pengawasan komuniti, meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan pemilihan komuniti berpagar merupakan amalan pencegahan yang dapat mengurangkan risiko jenayah pecah rumah berlaku. Kesimpulannya, langkah-langkah pencegahan berkenaan haruslah dititikberatkan supaya dapat mencegah daripada berlakunya jenayah pecah rumah. Artikel ini juga diharapkan dapat membantu pihak bertanggungjawab dalam melaksanakan pencegahan jenayah pecah rumah bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abd Malek, N. F., Mohd Pauzi, H., & Awang Noh, N. (2021). Pencegahan Jenayah Pecah Rumah Bagi Menjamin Keselamatan Masyarakat: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 310–320. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1042

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free