Konsep Tasfiah dalam Islam: Sejarah Dahulu dan Kini

  • Sulaiman I
  • Basir A
  • Haron M
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
7Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Syeikh al-Albani merupakan ulama kontemporari pertama yang mempopularkan konsep tasfiah dalam dakwah. Menurut beliau, tasfiah merupakan antara metode yang sepatutnya dijadikan sebagai asas beragama oleh seluruh kaum Muslimin bagi mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sebenar sejajar dengan apa yang dibawakan oleh Nabi SAW. Artikel ini membahaskan konsep tasfiah beliau ini dari sudut sejarahnya dalam Islam, dahulu dan kini. Melalui kaedah kajian kualitatif dan pendekatan analisis dokumen, pengkaji mendapati bahawa konsep tasfiah yang diutarakan oleh Syeikh al-Albani mempunyai sejarahnya yang berakar umbi dalam perkembangan Agama Islam. Kajian ini memberi fokus kepada sejarahnya dalam tiga bidang utama Agama iaitu akidah, hadis dan fikah serta peranan yang dimainkan oleh para ulama dalam ketiga-tiga bidang ini untuk menangani penyimpangan dalam akidah serta fahaman-fahaman sesat, memelihara ketulenan hadis-hadis Nabi SAW dan menjelaskan hukum-hakam serta tatacara ibadah sesuai dengan sunah Nabi SAW. Hasil kajian menunjukkan bahawa konsep tasfiah yang diketengahkan oleh Syeikh al-Albani bukanlah sesuatu yang baharu kerana para ulama sepanjang sejarah Islam telahpun menekankan tentangnya. Impak kajian ini menunjukkan keperluan para ilmuwan menekankan konsep tasfiah dalam dakwah mereka bagi memelihara Agama Islam daripada sebarang penyelewengan. Shaykh al-Albani is the first contemporary scholar to popularise the concept of tasfiah (purification) in da'wah. According to him, tasfiah is one of the methods that should be used as a religious basis by all Muslims in order to bring them back to the true teachings of Islam in line with what was taught by the Prophet Muhammad SAW. This article discusses his concept of tasfiah based upon its historical point of view in Islam, past and present. Through qualitative research methods and document analysis approach, this study shows that the concept of tasfiah is closely related to the history of the development of Islam. This research focuses on its historical development in the three main fields of Islam which is creed, hadith and jurisprudence, and the role played by scholars in dealing with deviations in faith, preserving the authenticity of the hadiths of the Prophet PBUH and explaining the Islamic laws and methods of worship in accordance with the Sunnah of the Prophet Muhammad SAW. The results show that the concept of tasfiah expressed by Shaykh al-Albani is not something new because scholars throughout Islamic history had emphasized on this concept. This study also addresses the necessity of emphasizing the concept of tasfiah in da’wah among Muslim scholars, in the hope that they might fortify Islam from any deviation.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sulaiman, I., Basir, A., Haron, M. S., & Mohd Othman, F. (2021). Konsep Tasfiah dalam Islam: Sejarah Dahulu dan Kini. Maʿālim Al-Qurʾān Wa Al-Sunnah, 17(1), 56–72. https://doi.org/10.33102/jmqs.v17i1.275

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free