Keabsahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Psikometrik Ujian Tingkah Laku Hasrat Bunuh Diri

  • O N
  • S. R N
  • Z. M L
N/ACitations
Citations of this article
26Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Instrumen Ujian Tingkah Laku Hasrat Bunuh Diri (SIBA) dihasilkan untuk mengukur tahap tingkah laku hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih di Malaysia bagi membantu mereka dan kerajaan mengurangkan kes bunuh diri di negara ini. Kajian ini bertujuan menghasilkan bukti empirikal mengenai keabsahan dan kebolehpercayaan instrumen SIBA dengan menggunakan model pembinaan instrumen daripada Miller et al. (2013), yang telah diubahsuai. Pembinaan instrumen itu dibuat berdasarkan satu kerangka konseptual yang dibentuk secara hipotetikal dan hasil kajian pengkaji-pengkaji terdahulu yang telah membuat penelitian secara mendalam tentang hubungan penagihan dadah dengan tingkah laku hasrat bunuh diri. Instrumen ini mengandungi empat komponen iaitu konflik interpersonal, kecelaruan emosi, kemurungan, dan putus harapan. Setiap komponen SIBA mengandungi 10 item dan jumlah keseluruhannya ialah 40 item. Analisis Faktor Eksploratori (Exploratory Factor Analysis – EFA) digunakan untuk menentukan keabsahan dan kebolehpercayaan setiap item dalam komponen-komponen tersebut. Dalam hal ini, seramai 123 penagih yang dirawat di Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) Besut, Terengganu dipilih sebagai responden kajian untuk pengujian instrumen ini. Kajian ini mendapati bahawa muatan faktor untuk setiap item adalah dalam julat 0.45 hingga 0.87 dan nilai kebolehpercayaan (alpha) pula adalah dalam julat 0.83-0.90. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan instrumen ini mempunyai keabsahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diguna pakai dalam mengukur tahap tingkah laku hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih dadah di CCRC, Besut. Secara keseluruhannya, analisis keabsahan dan kebolehpercayaan ini adalah penting bagi memastikan penghasilan instrumen SIBA ini boleh diguna pakai untuk mengukur tahap tingkah laku hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih dadah yang berkualiti dan bermakna.

Cite

CITATION STYLE

APA

O, N., S. R, N., & Z. M, L. (2021). Keabsahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Psikometrik Ujian Tingkah Laku Hasrat Bunuh Diri. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 117–128. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1033

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free