Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap konsep Rukun Negara melalui kursus Falsafah dan Isu Semasa di Politeknik Malaysia. Sebagai asas perpaduan nasional dan kesejahteraan negara, Rukun Negara memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri generasi muda. Walau bagaimanapun, kajian terdahulu menunjukkan bahawa tahap penghayatan dalam kalangan pelajar masih boleh dipertingkatkan. Oleh itu, kajian ini meneliti hubungan antara amalan pengajaran pensyarah dengan tahap pemahaman serta penghayatan pelajar terhadap prinsip Rukun Negara. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan soal selidik yang melibatkan 176 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda dari empat politeknik yang menawarkan kursus ini. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, termasuk analisis korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap Rukun Negara adalah tinggi, dengan skor min keseluruhan antara 4.67 hingga 4.77. Selain itu, analisis korelasi Pearson (r = 0.752, p < 0.01) menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara amalan pengajaran pensyarah dengan tahap pemahaman pelajar terhadap prinsip Rukun Negara. Dapatan ini membuktikan bahawa pendekatan pengajaran yang interaktif, reflektif, serta berasaskan teknologi mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran, sekali gus menyumbang kepada pembentukan warganegara yang bertanggungjawab dan beretika. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar pendekatan pengajaran yang terbukti berkesan ini diperluaskan ke kursus-kursus lain yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah dan pengukuhan nilai kenegaraan, bagi memastikan pendidikan tinggi yang lebih holistik dan berkesan.
Cite
CITATION STYLE
Mohamed Yusoff, A. F., Zulkifli, N., & Muhammud, A. (2025). Konsep Rukun Negara Melalui Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Falsafah dan Isu Semasa di Politeknik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 10(3), e003301. https://doi.org/10.47405/mjssh.v10i3.3301
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.