Perbandingan Topik Integer Antara KSSM dan Kurikulum Cambridge: Analisis Contoh dan Latihan

  • Pin N
  • Rosli R
N/ACitations
Citations of this article
26Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik dan kurikulum Cambridge Lower Secondary Mathematics mempunyai persamaan dari segi pelaksanaan kurikulum iaitu, mengamalkan proses pembelajaran dan pengajaran matematik berasaskan buku teks. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk menganalisis contoh dan latihan bagi topik Integer antara dua kurikulum tersebut. Penyelidikan ini menggunakan buku teks Dual Language Program KSSM Mathematics Form 1 dan buku teks Cambridge Checkpoint Mathematics Stage 7, 8 dan 9 sebagai sampel kajian. Data kajian ini dikumpulkan secara kualitatif dan dianalisis secara kuantitatif dengan kaedah deskriptif. Data analisis bilangan soalan Integer menunjukkan terdapat 21 contoh (27%) dan 58 latihan (73%) dalam KSSM manakala sejumlah 11 contoh (9%) dan 114 latihan (91%) dalam kurikulum Cambridge. Perbandingan peratusan bagi bilangan soalan berdasarkan aspek kontekstual dan aspek matematik menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara antara KSSM dan kurikulum Cambridge. Hasil kajian ini membawa implikasi kepada perspektif guru dan murid terhadap contoh dan soalan Integer antara kurikulum yang berbeza. Implikasi kajian ini juga menunjukkan susunan contoh dan latihan Integer dalam buku teks KSSM perlu disemak semula supaya pembelajaran Integer merupakan proses yang berterusan. Maka, cadangan kajian lanjutan boleh dijalankan bagi meninjau perspektif guru terhadap penyusunan contoh dan latihan Integer dalam buku teks KSSM matematik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Pin, N. A., & Rosli, R. (2022). Perbandingan Topik Integer Antara KSSM dan Kurikulum Cambridge: Analisis Contoh dan Latihan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), e001513. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1513

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free