Interrelasi Pengetahuan, Sikap dan Penglibatan Pelajar IPT terhadap Pembelajaran Jawi: Suatu Tinjauan Konseptual Berasaskan Model KAP

  • Ishak N
  • Jamil A
  • Mohd Nor M
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstract Kedatangan Islam telah membawa perubahan besar bukan sahaja dalam aspek akidah dan sosio-budaya, malah turut memperkenalkan Jawi yang kemudiannya menjadi asas penting dalam pembentukan tradisi persuratan Melayu. Namun begitu, kajian yang mengintegrasikan hubungan antara pengetahuan, sikap dan penglibatan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terhadap Jawi tidak begitu meluas, apatah lagi yang berteraskan teori KAP. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kajian terdahulu berkaitan tahap pengetahuan, sikap, dan penglibatan pelajar IPT terhadap Jawi dengan berpandukan teori KAP (Knowledge, Attitude, and Practice). Artikel ini merupakan literature-based conceptual review yang menggunakan pendakatan kualitatif melalui analisis dokumen. Hasil kajian mendapati penguasaan pengetahuan pelajar IPT terhadap Jawi masih berada pada tahap yang sederhana. Walau bagaimanapun, dapatan terhadap sikap menunjukkan respon yang positif mengenai kepentingan Jawi sebagai identiti budaya dan warisan keilmuan Islam. Sikap ini telah mendorong penglibatan aktif dalam aktiviti luar kelas seperti penyertaan kelab Jawi. Kajian ini membuktikan bahawa wujud hubungan yang signifikan antara pengetahuan, sikap dan penglibatan pelajar terhadap Jawi sebagaimana yang dirumuskan dalam kerangka KAP. Oleh itu, kajian mencadangkan agar kursus Jawi ditawarkan secara meluas dan berstruktur di peringkat IPT serta diperkuatkan melalui aktiviti ko-kurikulum.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ishak, N. S. I., Jamil, A. I., Mohd Nor, M. R., & Mohamad Salleh (Author), M. N. (2025). Interrelasi Pengetahuan, Sikap dan Penglibatan Pelajar IPT terhadap Pembelajaran Jawi: Suatu Tinjauan Konseptual Berasaskan Model KAP. Journal of Islamic Education, 11(2), 71–87. https://doi.org/10.22452/jier.vol11no2.7

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free