Jati Diri Kanak-Kanak Melayu-Islam Menerusi Pendidikan Awal

  • Sulaiman @ Mohamad A
  • Che Noh N
  • Jamsari E
N/ACitations
Citations of this article
53Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Jati diri atau self-identity memiliki sifat dan ciri tersendiri yang mendasari dan membentuk identiti sesebuah bangsa dari aspek adat, tradisi, bahasa, budaya dan agama. Ia menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu dalam sesebuah bangsa. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan peranan pendidikan awal bagi kanak-kanak Melayu-Islam dalam membentuk jati dirinya. Selain itu, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan maksud pemerkasaan jati diri dan pendidikan awal kanak-kanak Melayu Islam daripada beberapa pandangan sarjana bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang konsep ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu pendekatan analisis teks bagi mencerakinkan maklumat daripada sumber yang berautoriti bagi memastikan kesahihan maklumat yang diperoleh. Kajian ini mendapati terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi dalam usaha menyemai dan memupuk jati diri Melayu melalui pendidikan awal. Kajian ini disifatkan penting kerana ia menjelaskan peranan pendidikan awal dalam memberi kefahaman, membudayakan penghayatan dan memperkasakan jati diri generasi Melayu masa kini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sulaiman @ Mohamad, A., Che Noh, N., & Jamsari, E. A. (2020). Jati Diri Kanak-Kanak Melayu-Islam Menerusi Pendidikan Awal. Sains Insani, 5(2), 98–106. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.156

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free