Abstract
Wabak Covid-19 telah memberi kesan kepada landskap mod pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka kepada dalam talian sepenuhnya dengan persediaan dan kemahiran yang minimum. Kajian ini meninjau sejauh mana hubungan efikasi kendiri pelajar belajar secara dalam talian dan keterlibatan pelajar. Dalam proses perubahan mod pembelajaran ini, efikasi kendiri pelajar dan penglibatan pelajar dalam talian menjadi antara elemen yang perlu diberikan perhatian. Kajian menggunakan reka bentuk tinjauan dijalankan kepada 219 pelajar sarjana dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengambil kursus secara dalam talian sepanjang tempoh kawalan pergerakan pandemik Covid-19. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan digunakan untuk mengukur tahap efikasi kendiri pelajar belajar secara dalam talian dan keterlibatan pelajar. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan, skor bagi efikasi kendiri dan skor penglibatan pelajar adalah tinggi. Hasil analisa korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri dan penglibatan pelajar dalam talian. Hasil kajian ini dijangka dapat membantu pihak berautoriti yang berkaitan bagi menyusun strategi terbaik dalam pelaksanaan pengajaran dalam talian supaya mampu menjadi alternatif dan pelengkap bagi pembelajaran bersemuka.
Cite
CITATION STYLE
Jamidi, F. J. B., & Surat, S. (2021). Efikasi Kendiri dan Keterlibatan Pelajar Belajar dalam Talian Sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 80–92. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.945
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.