Abstract
Ṣadr al-Dīn al-Shīrāzī (1572-1640) atau Mullā Ṣadrā, seorang ahli falsafah Muslim terkemudian yang berasal dari Parsi. Beliau dikatakan sebagai perintis kepada suatu pemikiran baharu dalam falsafah Islam selepas berlalunya pemikiran ahli-ahli falsafah Muslim terdahulu seperti Ibn Sīnā dan Ibn Rushd. Pemikiran beliau semakin banyak dikaji oleh pengkaji falsafah Islam sejak beberapa dekad yang lalu. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti pemikiran Ṣadr al-Dīn al-Shīrāzī, khususnya berkenaan konsepsi beliau mengenai wujud. Makalah ini mengumpul dokumen berkaitan pemikiran Ṣadr al-Dīn al-Shīrāzī berasaskan kaedah kajian dokumen, seterusnya menganalisisnya berasaskan kaedah analisis teks. Hasilnya, makalah ini mendapati bahawa Ṣadr al-Dīn al-Shīrāzī memperkenalkan prinsip keasalan wujud atau aṣālath al-wujūd dalam sistem falsafahnya. Prinsip ini berbeza daripada pemikiran ahli falsafah sebelumnya iaitu Suhrawardī yang menekankan prinsip keasalan zat atau aṣālah al-māhiyyah. Pemikiran Ṣadr al-Dīn al-Shīrāzī tentang wujud memberi kesan kepada jauhar manusia iaitu jiwa melalui prinsip pergerakan jauhar atau al-ḥarakat al- jawhariyyah. Prinsip-prinsip ini membuka tafsiran baharu dalam falsafah Islam khususnya mengenai kedinamikan penciptaan setiap yang wujud.
Cite
CITATION STYLE
Alias, M. S. (2019). Pemikiran Ṣadr al-Dīn al-Shīrāzī Tentang Wujud. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 21(2), 1–32. https://doi.org/10.22452/afkar.vol21no2.1
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.