Unsur Khurafat Dalam Ajaran Sesat Di Malaysia: Analisis Pandangan Hukum Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

  • Mohd Kamel Mat Salleh
  • Muhammad Firdaus Abdul Manaf
  • Mohd. Asyran Safwan Kamaruzaman
N/ACitations
Citations of this article
82Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Suatu ajaran boleh difatwakan sesat jika terdapat unsur khurafat dan perkara yang menyalahi akidah. Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) dan Jabatan Mufti Negeri-Negeri telah mengeluarkan beberapa pandangan hukum dan fatwa amalan yang bercanggah dengan Islam disebabkan wujudnya unsur khurafat dalam pengamalan kumpulan tertentu. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis unsur-unsur khurafat dalam beberapa ajaran sesat yang diwartakan pengharamannya di Malaysia. Kajian ini menggunakan metod analisis dokumen dengan merujuk kepada pandangan hukum dan fatwa-fatwa yang dikeluarkan membabitkan ajaran-ajaran sesat dan diwartakan pengharamannya di Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa terdapat unsur khurafat yang jelas dan diamalkan oleh kumpulan ajaran sesat menyebabkan ianya diwartakan sebagai kumpulan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar. Kajian ini penting kerana dapat menjelaskan bahaya khurafat dalam amalan berkaitan akidah kerana tertolaknya suatu amalan amat berkait rapat dengan penyelewengan dalam iktikad dan kepercayaan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Kamel Mat Salleh, Muhammad Firdaus Abdul Manaf, & Mohd. Asyran Safwan Kamaruzaman. (2021). Unsur Khurafat Dalam Ajaran Sesat Di Malaysia: Analisis Pandangan Hukum Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 26(2), 144–157. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.394

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free