Abstract
Kecerdasan emosi pelajar yang pelbagai wajar diberi perhatian kerana ia memberi kesan jangka panjang terhadap prestasi mereka. Tambahan lagi, kajian mengenai kecerdasan emosi boleh dijalankan bagi memberi panduan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dengan prestasi akademik bagi pelajar sarjana. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang dijalankan secara tinjauan berasaskan soal selidik yang diadaptasi dari Instrumen Inventori Kecerdasan Emosi. Seramai 121 orang pelajar dari kalangan pelajar sarjana sebuah universiti awam di Bangi terlibat dalam soal selidik ini. Analisis inferensi Kolerasi Pearson digunakan untuk menunjukkan hubungan antara kecerdasan emosi dengan prestasi akademik pelajar sarjana. Hasil kajian mendapati bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan prestasi akademik pelajar sarjana dengan nilai kolerasi r = 0.161, (p< a=0.05). Implikasi bagi kajian ini adalah jelaslah bahawa faktor emosi merupakan antara faktor penyumbang terhadap prestasi akademik seseorang dan faktor yang mempengaruhi emosi pelajar sarjana juga wajar diberi perhatian.
Cite
CITATION STYLE
Surin, M. P., & Surat, S. (2021). Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Ddngan Prestasi Akademik Pelajar Sarjana. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 236–248. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.926
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.