Abstract
Produk nutraseutikal semakin mendapat permintaan yang tinggi berikutan situasi pandemik COVID-19 kerana dipercayai membantu untuk menguatkan sistem tubuh badan dan boleh merawat penyakit. Namun begitu, terdapat sedikit isu halal dan keselamatan produk nutraseutikal yang menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna. Artikel ini membincangkan konsep halalan tayyiban dan elemen yang perlu bagi produk nutraseutikal halal. Pengguna disarankan agar menekankan aspek halalan tayyiban dalam pemilihan produk nutraseutikal bagi jaminan halal dan keselamatan. Oleh itu, pengguna Muslim seharusnya memilih produk yang mempunyai logo halal kerana produk yang telah memperoleh pensijilan halal telah melalui prosedur yang ketat bagi memastikan produk tersebut dijamin halal dan selamat.
Cite
CITATION STYLE
Shamsudin, S. N., Abu Bakar, E., Osman, S., & Mohd Dali, N. R. S. (2023). Konsep Halalan Tayyiban bagi Produk Nutraseutikal. Journal of Fatwa Management and Research, 28(1), 69–84. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol28no1.460
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.