Keupayaan Guru Pelatih Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Semasa Latihan Mengajar dalam Pembentukan Guru Novis

  • JAMIAN A
  • RAZALI N
  • OTHMAN S
N/ACitations
Citations of this article
97Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Guru pelatih perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Proses ini akan membawa mereka berhadapan kesukaran semasa melaksanakan aktiviti tersebut. Sehubungan itu, kajian ini mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifi kan antara persepsi guru pelatih seramai 173 terhadap latihan mengajar dengan aktiviti dan kesukaran melaksanakannya semasa menjalani latihan mengajar dalam usaha membentuk guru novis. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifi kan antara persepsi terhadap latihan mengajar dan kesukaran melakukan aktiviti yang disenaraikan semasa latihan mengajar. Hubungan ini menunjukkan bahawa jika responden mempunyai persepsi yang positif terhadap latihan mengajar, maka mereka merasa mudah untuk melakukan aktiviti semasa latihan mengajar dan begitulah sebaliknya. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifi kan dari segi persepsi terhadap latihan mengajar dan kesukaran melakukan aktiviti atau mengatasi masalah yang dihadapi. Guru pelatih didapati mempunyai persepsi yang positif terhadap latihan mengajar dan menyatakan tidak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti semasa latihan mengajar. Hal ini merupakan satu situasi yang amat memberangsangkan dalam usaha kita melahirkan guru-guru novis yang bermutu dan akan mendidik anak bangsa pada masa depan.

Cite

CITATION STYLE

APA

JAMIAN, A. R., RAZALI, N. N., & OTHMAN, S. (2015). Keupayaan Guru Pelatih Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Semasa Latihan Mengajar dalam Pembentukan Guru Novis. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(1), 75–81. https://doi.org/10.17576/jpen-2015-4001-10

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free