Abstract
Keterampilan peribadi pelajar dapat dibentuk dengan menggabungkan aspek kecerdasan emosi dan komunikasi bukan lisan. Tanpa kedua-dua elemen ini dalam kalangan pelajar, maka seseorang pelajar itu tidak akan dapat membentuk sahsiah diri serta tiada sifat berdaya saing. Ketiadaan sifat daya saing ini sering dikaitkan dengan isu kebolehpasaran graduan. Justeru keterampilan peribadi graduan cuba dirungkai dengan mengaitkan kecerdasan emosi dan kemahiran komunikasi bukan lisan mereka. Kajian ini menggariskan beberapa objektif iaitu mengenal pasti tahap kecerdasan emosi, tahap kemahiran komunikasi bukan lisan dan tahap keterampilan peribadi pelajar universiti, menganalisis perbezaan tahap kecerdasan emosi, komunikasi bukan lisan dan keterampilan peribadi mengikut universiti, menilai hubungan antara kecerdasan emosi dengan komunikasi bukan lisan, hubungan antara kecerdasan emosi dengan keterampilan peribadi, hubungan antara komunikasi bukan lisan dengan keterampilan peribadi serta pengaruh kecerdasan emosi secara langsung dan tidak langsung ke atas keterampilan peribadi pelajar. Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji akan menjalankan survei dalam kalangan pelajar prasiswazah di dalam kampus UiTM Cawangan Melaka. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan analisis deskriptif, ujian t, korelasi dan regresi pelbagai. Implikasi kepada universiti pula, bukan sahaja universiti awam, malah semua Institut Pengajian Tinggi boleh menerapkan elemen ini dalam kurikulum dan ko-kurikulum program bagi melahirkan persona pelajar yang mempunyai keterampilan peribadi yang mengarah kepada kebolehpasaran diri mereka dalam dunia pekerjaan.
Cite
CITATION STYLE
Ibrahim, N. A. N., Mahbob, M. H., Hassan, M. S., Sah Allam, S. N., Ridzuan, A. R., Anuar, M. S., & Kahar, N. (2023). PEMBINAAN MODEL KECERDASAN EMOSI DAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN TERHADAP KETERAMPILAN PERIBADI PELAJAR UNIVERSITI. I-IECONS e-Proceedings, 450–457. https://doi.org/10.33102/iiecons.v10i1.16
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.