Peranan keusahawanan dalam pertumbuhan ekonomi tidak dapat dinafikan sumbangannya terutama dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat selepas pandemik COVID-19 melanda dunia. Pendedahan awal kepada belia perlu dilaksanakan agar keusahawanan sentiasa dapat diperkasakan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti niat keusahawanan dalam kalangan pelajar baharu di Universiti Kebangsaan Malaysia berdasarkan sikap peribadi, norma subjektif dan kawalan tingkah laku. Seramai 395 orang pelajar baharu yang terlibat dalam kajian ini. Analisis korelasi Spearman Rho menunjukkan bahawa ketiga-tiga pemboleh ubah bebas mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan niat keusahawanan. Di samping itu, hasil analisis regresi ordinal menunjukkan sikap peribadi merupakan faktor peramal yang terdekat bagi niat keusahawanan dalam kalangan pelajar. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan oleh pihak bertanggungjawab untuk memperkasakan lagi elemen keusahawanan dalam kalangan pelajar yang berkecenderungan dalam bidang keusahawanan.
CITATION STYLE
Lokman, N. H., & Yakob, N. A. (2023). Niat Keusahawanan dalam kalangan Pelajar Baharu di Universiti Awam Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(2), e002135. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i2.2135
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.