Kemelut Ketaksamaan: Kesan ke atas Pembentukan Identiti Remaja Bandar

  • Hussain R
  • Muhamad H
N/ACitations
Citations of this article
9Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Isu ketaksamaan sering diperkatakan dalam masyarakat khususnya dari aspek kedudukan ekonomi seseorang. Walaupun begitu, kalangan remaja mungkin berhadapan dengan isu ketaksamaan ini dari sisi yang lain iaitu pengaruh dalam pembentukan identiti mereka. Tujuan artikel ini adalah untuk melihat isu-isu ketaksamaan remaja, khususya di bandar, yang mewujudkan ketidaksamaan dalam kehidupan dan mempengaruhi pembentukan identiti mereka. Kajian ini menerangkan pandangan remaja bandar mengenai isu ketaksamaan berdasarkan keadaan sebenar dan cara mereka menghadapinya. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk pengumpulan data. Soal selidik telah dijalankan ke atas 720 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar di tiga universiti iaitu UM, UTM dan USM. Tiga sesi Perbincangan Kumpulan Fokus telah dijalankan di setiap lokasi dan 10 responden dipilih untuk setiap lokasi. Data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis untuk maklumat deskriptif dan analisis pemeringkatan (ranking analysis) menggunakan SPSS. Kajian mendapati bahawa 23% responden berpendapat bahawa kuasa dan kedudukan dalam masyarakat adalah faktor penyumbang utama seseorang berada dalam ketaksamaan diikuti dengan tahap pendidikan dan jenis pekerjaan. Manakala, 41% responden berpendapat pengangguran adalah isu utama yang dapat mempengaruhi pembentukan identiti. Para responden turut mencadangkan saranan supaya menjadikan seseorang sebagai role model untuk menjadi motivasi dalam menghadapi kemelut ketaksamaan. Oleh itu, pemahaman tentang cara identiti remaja bandar terkesan dengan isu-isu ketaksamaan ini adalah perlu untuk masyarakat supaya dapat membantu mereka berfungsi dengan baik di bawah keadaan hidup yang mungkin tertekan pada masa hadapan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Hussain, R. B. M., & Muhamad, H. (2022). Kemelut Ketaksamaan: Kesan ke atas Pembentukan Identiti Remaja Bandar. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 30(1), 121–138. https://doi.org/10.47836/pjssh.30.1.07

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free