Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti perlakuan metakognitif murid Tingkatan Empat dalam menyelesaikan masalah Matematik. Secara spesifiknya kajian ini mengenal pasti perbezaan tahap perlakuan metakognitif murid dalam menyelesaikan masalah Matematik berdasarkan jantina dan tahap pencapaian Matematik mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik metakognitif yang merangkumi konstruk kesedaran, strategi kognitif, perancangan dan pengesanan kendiri serta menggunakan instrumen ujian. Dapatan menunjukkan tahap perlakuan metakognitif murid Tingkatan Empat dalam menyelesaikan masalah bagi konstruk kesedaran, strategi kognitif, perancangan dan pengesanan kendiri adalah tinggi. Hasil analisis ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan antara tahap perlakuan metakognitif murid berdasarkan jantina. Kajian juga menunjukkanidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap perlakuan metakognitif murid dalam menyelesaikan masalah Matematik berdasarkan tahap pencapaian mata pelajaran tersebut.
Cite
CITATION STYLE
Mohd Khalid, F. A., Rozaimi, N. N. A. A., & Taha, H. (2020). Perlakuan Metakognitif Pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Hulu Selangor dalam Menyelesaikan Masalah Matematik. Journal of Science and Mathematics Letters, 8(2), 74–85. https://doi.org/10.37134/jsml.vol8.2.10.2020
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.