Tahap Penghayatan Nilai-Nilai Murni di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Semasa Menjalankan Kerja Amali Bengkel

  • Buntat Y
  • Sanapi R
N/ACitations
Citations of this article
47Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau tahap penghayatan nilai–nilai murni para pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia semasa menjalani kerja amali di bengkel. Kajian ini melibatkan sejumlah 92 sampel kajian yang terdiri daripada pelajar–pelajar tahun satu dan tahun tiga Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) 1997/1998. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada semua sampel yang terlibat. Hasil kajian mendapati para pelajar tersebut mempunyai tahap penghayatan yang tinggi dan bersikap positif. Bagaimanapun, beberapa aspek nilai–nilai murni didapati mendapat peratus penghayatan yang rendah dan perlu diberi perhatian semasa proses pembelajaran dijalankan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memantapkan lagi amalan penghayatan nilai-nilai murni yang telah dilaksanakan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Buntat, Y., & Sanapi, R. (2012). Tahap Penghayatan Nilai-Nilai Murni di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Semasa Menjalankan Kerja Amali Bengkel. Jurnal Teknologi. https://doi.org/10.11113/jt.v39.476

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free