Trend kajian hadis berasaskan teknologi maklumat dan digital: suatu sorotan literatur

  • Mohd Nasir M
  • Kamarul Zaman A
  • Abd. Azid M
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
92Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Revolusi Industri 4.0 berkait rapat dengan kemajuan teknologi digital, Internet atau siber. Fenomena ini memerlukan tindakan pantas daripada semua pihak dan sejajar dengan perkembangan pesat produk teknologi dan sistem automasi yang lebih pintar. Untuk mengatasi hal ini, bidang hadis nabawi juga dikembangkan melalui pembangunan laman sesawang, perisian, buku digital, dan aplikasi ICT yang berkaitan dengan hadis. Media ini terus dikembangkan dan ditingkatkan seiring dengan kemajuan teknologi. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengetengahkan trend dan tema penyelidikan hadis yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan digital. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan secara kualitatif. Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah carian berdasarkan kata kunci dalam pangkalan-pangkalan data di Internet. Analisis kandungan secara deskriptif diaplikasikan untuk mengenal pasti trend dan tema kajian hadis berasaskan teknologi maklumat. Hasil kajian menunjukkan bahawa trend penyelidikan hadis berkaitan dengan teknologi maklumat dan digital tertumpu pada enam aspek; bahan rujukan hadis dalam bentuk ebook dan PDF, aplikasi dan perisian, laman sesawang, sistem pengajian hadis berasaskan e-learning, makmal ICT bagi pengajian hadis, dan penyebaran hadis di media sosial. Kesimpulannya, kajian bidang hadis berdasarkan teknologi maklumat dan digital perlu dikembangkan lebih jauh agar mampu memberikan impak besar kepada kesarjanaan hadis dan mekanisme penyebaran ilmu yang berkualiti dan berkesan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Nasir, M. K., Kamarul Zaman, A. R., Abd. Azid, M. A., & Hussain, A. A. (2021). Trend kajian hadis berasaskan teknologi maklumat dan digital: suatu sorotan literatur. HADIS, 11(22), 770–779. https://doi.org/10.53840/hadis.v11i22.168

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free