Faktor-faktor yang Mempengaruhi Komitmen Prestasi Kerja dalam kalangan Penjawat Awam. Kajian Rintis di Jabatan Kemajuan Masyarakat, Negeri Pulau Pinang

  • Nordin N
  • Hassan M
N/ACitations
Citations of this article
104Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kualiti modal insan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju penjawat awam di samping memastikan kecekapan pengurusan. Produktiviti sesebuah organisasi bergantung kepada kualiti prestasi kerja. Keratan akhbar Utusan online bertarikh 22 November 2010 melaporkan jumlah penjawat awam yang bermasalah dan berprestasi rendah meningkat kepada 6,133 orang pada tahun 2009 berbanding 5,344 orang pada tahun 2008. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi komitmen kerja seseorang pekerja terhadap prestasi kerja. Seramai 100 orang kakitangan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Pulau Pinang, Daerah Seberang Perai Tengah telah dijadikan responden. Rekabentuk kajian adalah kajian deskriptif berbentuk tinjauan yang menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data. Borang soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu a) maklumat responden; b) faktor komitmen kerja; dan c) prestasi kerja. Data dianilisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 21 untuk menilai kekerapan, peratusan, purata, ujian korelasi, ujian t dan ujian anova. Hasil kajian menunjukkan tahap prestasi kerja dalam kalangan penjawat awam adalah tinggi dan faktor minat merupakan faktor komitmen kerja utama yang mempengaruhinya. Manakala hubungan antara faktor minat dengan prestasi kerja juga menunjukkan hubungan korelasi yang kuat dengan nilai r=0.593 pada aras p<0.05. Bagi analisis perbezaan prestasi kerja mengikut jantina dan tempoh perkhidmatan, dapatan kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan antara prestasi kerja mengikut tempoh perkhidmatan. Tuntasnya, hasil kajian mendapati bahawa inisiatif perlu diambil oleh pihak organisasi bagi memupuk minat para pekerja terhadap pekerjaan yang mereka lakukan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Nordin, N., & Hassan, M. M. (2019). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Komitmen Prestasi Kerja dalam kalangan Penjawat Awam. Kajian Rintis di Jabatan Kemajuan Masyarakat, Negeri Pulau Pinang. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), 11–20. https://doi.org/10.47405/mjssh.v4i7.303

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free