MODEL INTEGRASI WAKAF PENGAJIAN TINGGI DI BRUNEI DARUSSALAM

  • Hj Mohiddin H
N/ACitations
Citations of this article
13Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian mengenai institusi pendidikan bersumberkan wakaf sudah lama di bincangkan, namun sejak kebelakangan ini kajian berkaitan telah menarik minat banyak pengkaji lebih-lebih lagi bila berlaku isu krisis kewangan secara global yang memberi kesan yang ketara. Kemampuan institusi wakaf dalam menangani isu pembiayaan pengajian tinggi bukanlah suatu perkara yang baru. Sejarah telah mencatatkan potensi wakaf bukan sahaja dalam bidang pendidikan bahkan dalam hampir semua bidang yang melibatkan pembangunan negara. Bertitik tolak dari isu pembiayaan untuk pengajian tinggi yang sering di hadapi dan di tambah lagi dengan peruntukan Kerajaan bagi pendidikan semakin berkurangan, maka wakaf dilihat sebagai mekanisme yang mampu melonjakkan pembangunan institusi pengajian Tinggi (IPT). Bagi tujuan tersebut sudah tiba masanya Brunei memikirkan keperluan penubuhan IPT bersumberkan wakaf bagi kebaikan dan manfaat berterusan semua pihak. Sebelum melaksanakannya, satu model yang spesifik boleh dijadikan panduan agar matlamat penubuhannya tercapai dan niat wakif terlaksana. Justeru, kajian ini di jalankan bagi mewujudkan garis pandu dan model yang bersesuaian berdasarkan kepada pengalaman yang telah di laksanakan oleh Pengajian Tinggi di Malaysia untuk di cadangkan bagi penubuhan wakaf Pengajian Tinggi di Brunei. Metodologi penyelidikan yang diguna pakai adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan. Analisis dilakukan dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal, kertas kerja dan artikel yang berkaitan di samping mengadakan temu bual dengan pihak yang berkaitan. Pelaksanaan wakaf pendidikan di IPT boleh di perhebatkan dengan pengurusan dana yang berkesan, perundangan yang kukuh, urus tadbir yang baik, pemasaran yang berkesan, dan mengenal pasti model pengurusan wakaf yang sesuai untuk diaplikasikan. Kegagalan dan kelemahan institusi wakaf perlu dijadikan sempadan agar ia tidak di pinggirkan dan terkubur begitu sahaja.

Cite

CITATION STYLE

APA

Hj Mohiddin, H. M. N. (2022). MODEL INTEGRASI WAKAF PENGAJIAN TINGGI DI BRUNEI DARUSSALAM. International Journal of Islamic Economics and Finance Research, 5(1 July), 17–40. https://doi.org/10.53840/ijiefer66

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free