Bidang pengajian Bahasa Arab dan kaitannya dengan bidang Sosiolinguistik di Malaysia: Analisis Matrik Keutamaan.

  • Abd Rahman R
  • Zaini A
N/ACitations
Citations of this article
39Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

ABSTRAK Bidang Sosiolinguistik di Malaysia menunjukkan khalayak mempunyai kemahiran dalam bidang bahasa Arab. Bidang pengajian bahasa  Arab antaranya melibatkan perubahan bentuk kata yang berkait dengan ‘ilm al-sarf dalam nahw atau tatabahasa Arab yang melibatkan aspek-aspek morfologi, semantik dan sintaksis; kejayaan dan kemampuannya dalam peranannya sebagai bahasa ilmu, peradaban dan komunikasi. Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio, singkatan daripada sosiologi-disiplin yang meneliti masyarakat dan linguistik-disiplin yang meneliti bahasa. Sosiolinguistik adalah bahagian pengajian (studies) dan pengkajian (research) yang menggabungkan dua disiplin, iaitu sosiologi dan linguistik. Dengan sifat penggabungan dua disiplin ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua entiti, iaitu bahasa dan masyarakat. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur, yakni hubungan antara kedua-dua entiti tersebut yang rapat. Kajian ini mengadaptasi kajian analisis deskriptif. Dua objektif kajian ialah menganalisis bidang pengajian bahasa  Arab dan bidang sosiolinguistik di Malaysia dan menghuraikan saling kaitan keduanya. Resolusi kajian ini menghuraikan bidang pengajian bahasa  Arab dan bidang sosiolinguistik di Malaysia dengan menggunakan Analisis Matrik keutamaan bagi keperluan perspektif, perbandingan dan keperluan kajian akan datang. ABSTRACT The field of Sociolinguistics in Malaysia indicates that the audience has skills in Arabic. The areas of Arabic learning include changes in the form of words related to 'ilm al-sarf in nahw or Arabic grammar involving aspects of morphology, semantics and syntax; it s success and ability in its role as the language of science, civilization and communication. Sociolinguistics is one of the main areas of linguistic discipline. The name of sociolinguistics is made up of two terms, namely, sociology, an acronym for sociology that studies society and linguistics that studies language. Sociolinguistics is the area of ​​studies and research that combines two disciplines, sociology and linguistics. By virtue of the merger of these two disciplines, sociolinguistics focuses on two entities, language and society. Sociolinguistics considers  language and society as one structure, which is the relationship between the two entities. This study adopts a descriptive analysis study. The two objectives of the study were to analyze the field of Arabic language studies and sociolinguistics in Malaysia and to explain the relationship between the two. The resolution of this study describes the field of Arabic language studies and sociolinguistics in Malaysia by using Matrix Analysis for the purpose of perspective, comparison and future research needs.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abd Rahman, R., & Zaini, A. R. (2020). Bidang pengajian Bahasa Arab dan kaitannya dengan bidang Sosiolinguistik di Malaysia: Analisis Matrik Keutamaan. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 2(1), 37–54. https://doi.org/10.53840/ejbl.v2i1.30

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free