Pengalaman dan Cabaran Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Menggunakan Kecerdasan Buatan Sebagai Sokongan Pengajaran dan Pembelajaran

  • Pitchan M
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
10Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam era digital telah membawa dimensi baharu kepada pendidikan tinggi, khususnya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Walaupun AI diyakini berupaya meningkatkan kecekapan, kreativiti serta keberkesanan pedagogi, tahap penerimaannya dalam kalangan pensyarah masih berdepan dengan pelbagai cabaran. Sebahagian pendidik masih berhati-hati dalam penggunaannya kerana wujud kebimbangan terhadap implikasi akademik dan kesannya terhadap proses pengajaran. Oleh itu, penting untuk meneliti pengalaman sebenar pensyarah dalam mengintegrasikan teknologi ini, di samping mengenal pasti bentuk cabaran yang mereka hadapi agar penyelesaian yang lebih praktikal dapat dirangka bagi menyokong keberkesanan pengajaran serta kelestarian penggunaan AI dalam konteks pendidikan tinggi. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan pengalaman dan cabaran pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia dalam mengintegrasikan AI sebagai alat bantu pengajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam melibatkan enam orang pensyarah daripada enam fakulti berbeza dan mereka dipilih secara purposif berdasarkan pengalaman penggunaan AI. Data temu bual yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengalaman pensyarah dalam menggunakan AI merangkumi pelbagai aspek, antaranya mempercepatkan proses penyediaan bahan pengajaran, membantu mereka menghasilkan bahan yang lebih kreatif dan menarik serta berperanan sebagai alat yang mengukuhkan pengetahuan dan meningkatkan keyakinan diri. Pada masa yang sama, AI turut berfungsi sebagai medium yang mendorong penglibatan pelajar secara lebih aktif dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati bahawa pensyarah berhadapan dengan beberapa cabaran penting termasuk isu berkaitan ketepatan maklumat yang dijana, kebimbangan mengenai etika dan risiko plagiarisme, ketiadaan polisi institusi yang jelas serta tahap pendedahan dan latihan yang masih tidak mencukupi. Kata kunci: Kecerdasan buatan, pedagogi interaktif, literasi teknologi, inovasi digital, transformasi pendidikan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Pitchan, M. A., & Azmi, S. (2025). Pengalaman dan Cabaran Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Menggunakan Kecerdasan Buatan Sebagai Sokongan Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 41(3), 313–329. https://doi.org/10.17576/jkmjc-2025-4103-17

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free