Abstract
Scenario of fatwa pronounced by the fatwa institution in Malaysia is constantly evolving in accordance with the principles of Islamic law which are flexible and accommodate the changing environment. Recent development shows that the pronouncement of fatwa on zakat is no longer directly tied to the view of Shafie school of thought. This development shows the openness by the fatwa institution in accepting the opinions and views of other school of thought and contemporary Muslim jurist in issuing ruling and fatwa related to zakat. This can be seen in the current scenario of ruling and fatwa pronounced are shifting from using the views of Shafie school of thought to views from other school or contemporary jurist. Various studies have been conducted which discuss the fatwa, zakat and maqasid sharia in the form of dissertation, thesis, book or journal article. This article aims to review the literature related to the fatwa on zakat and the use of maqasid al-shariah which will be conducted descriptively using the library documentation research method. This study found that the use of maqasid al-shariah has been written in many languages, aspects and applications. However, no specific study has been made in relation to the maqasid of fatwa of zakat in Malaysia. Abstrak Senario fatwa yang diputuskan oleh institusi fatwa di Malaysia sentiasa berkembang dari semasa ke semasa selaras dengan prinsip hukum Islam yang bersifat fleksibel dan meraikan perubahan persekitaran. Mutakhir ini memperlihatkan penentuan sesuatu fatwa zakat tidak lagi secara langsung terikat dengan mazhab Syafie. Ini menunjukkan keterbukaan penerimaan pendapat pelbagai mazhab yang lain dan pandangan sarjana hukum fiqh kontemporari oleh pihak berautoriti dalam mengeluarkan hukum atau fatwa berkaitan zakat masa kini. Hal ini boleh dilihat terhadap senario hukum dan fatwa yang berubah daripada sandaran mazhab Syafie kepada pandangan mazhab lain atau pandangan tokoh fiqh kontemporari. Terdapat pelbagai penyelidikan telah dijalankan yang membincangkan fatwa, zakat dan maqasid syariah dalam bentuk tulisan disertasi, tesis, buku atau artikel jurnal. Artikel ini bertujuan mengkaji literatur yang berkaitan dengan fatwa zakat dan penggunaan maqasid al-shariah yang akan dikaji secara deskriptif menggunakan kaedah penyelidikan dokumentasi perpustakaan. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan maqasid al-shariah telah ditulis dalam pelbagai bahasa, aspek dan aplikasi. Walau bagaimanapun, tiada kajian khusus yang dihasilkan berkaitan dengan maqasid fatwa zakat di Malaysia.
Cite
CITATION STYLE
Bhari, A., Abdullah, L., Yaakob, M. A. Z., Khalid, M. M., & Mohamed Yusof, M. F. (2019). Analisis Literatur Kajian Zakat dan Maqasid Syariah. Journal of Fatwa Management and Research, 235–264. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol0no0.285
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.