Abstract
Modul mudah alih atau modul m-pembelajaran adalah sesuai untuk dijadikan bahan bantu belajar di mana ia boleh diakses menggunakan peranti elektronik pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Modul m-pembelajaran Topik Reka Bentuk Fesyen Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan Satu dibangunkan dengan nama Modul Sequin yang memberi pengetahuan tentang teori dan kemahiran dalam mereka bentuk fesyen. Kajian ini bertujuan untuk menilai Modul Sequin berdasarkan persepsi dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan satu terhadap elemen multimedia. Kajian ini meninjau penilaian daripada 236 orang guru RBT Tingkatan 1 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tentang elemen multimedia yang terdapat di dalam Modul Sequin. Pengutipan data kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik dan dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis mendapati kesemua item di dalam konstruk multimedia seperti elemen teks, imej grafik, video, audio dan animasi berada pada tahap sangat setuju. Nilai min menunjukkan guru-guru berpandangan bahawa unsur multimedia yang terdapat di dalam Modul Sequin adalah sangat sesuai, ceria, menyeronokkan dan menarik perhatian murid untuk belajar topik Reka Bentuk Fesyen. Selain itu guru-guru turut berpendapat bahawa penggunaan elemen multimedia ini memudahkan penyampaian malumat sekaligus meningkatkan kefahaman murid. Secara keseluruhannya, kandungan modul dari segi latar belakang, warna dan gabungan elemen teks, imej grafik, video, audio dan animasi memberi keterujaan kepada murid untuk menggunakan modul tersebut.
Cite
CITATION STYLE
Ismail, M., Che Kob, C. G., Abdullah, N., & Zamzuri, F. K. (2024). Perspektif Guru Terhadap Elemen Multimedia di Dalam Modul Sequin Topik Reka Bentuk Fesyen Pada Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan Satu. Asian Pendidikan, (4), 43–52. https://doi.org/10.53797/aspen.v4i1.5.2024
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.