Pendidikan Sebagai Faktor Pemilihan Pekerjaan dalam kalangan Remaja Orang Asli

  • Aini Z
  • Don A
  • Marlon Abdullah M
N/ACitations
Citations of this article
35Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Masyarakat orang asli tidak terkecuali dalam agenda pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuklah dalam sektor pendidikan. Sesungguhnya pendidikan penting dalam meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan komuniti marginal tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran untuk merealisasikannya, antaranya ialah, ada kalangan anak-anak orang asli gagal untuk memajukan diri dari sudut pendidikan yang menjadikan mereka sukar mendapatkan pekerjaan.  Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor pemilihan pekerjaan dalam kalangan remaja orang asli daripada sudut pendidikan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Data kajian diperoleh melalui instrument soal selidik yang diedarkan kepada 281 responden yang dipilih secara rawak dalam kalangan remaja Orang Asli di negeri Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga faktor utama yang menyumbang kepada kecenderungan remaja Orang Asli memilih pekerjaan, iaitu bekerja mengikut kelulusan, bekerja kerana mencari wang untuk menyambung pelajaran dan bekerja kerana pengajian sudah tamat. Implikasi kajian ini adalah menjadi gambaran awal bahawa faktor kesedaran pendidikan menjadi pemangkin kepada kebolehpasaran kerja remaja Orang Asli dalam bidang yang diminati.

Cite

CITATION STYLE

APA

Aini, Z., Don, A. G., & Marlon Abdullah, M. Y. (2023). Pendidikan Sebagai Faktor Pemilihan Pekerjaan dalam kalangan Remaja Orang Asli. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), e002225. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i4.2225

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free