Persembahan bahasa objek dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia

  • Abu Bakar A
  • Subramaniam V
N/ACitations
Citations of this article
25Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini menganalisis cara mempersembahkan bahasa objek menerusi Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) (2010), dan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat (KBBI4) (2011). Pengkaji menggunakan kerangka prinsip-prinsip umum leksikografi dengan berpandukan pendapat Béjoint (1994) untuk menghuraikan kaedah yang digunakan oleh para penyusun kamus dalam mempersembahkan bahasa objek kedua-dua buah kamus ekabahasa. Dalam kajian ini, 1087 entri telah dipilih secara rawak mudah dan bersistematik. Kaedah kajian pula ialah kaedah kepustakaan dan analisis kandungan dengan huraian secara deskriptif asas. Objektif kajian adalah untuk menganalisis cara bahasa mempersembahkan bahasa objek terhadap KD4 dan KBBI4. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua buah kamus tersebut mengikut kaedah peraturan atau formula, dan teknik mampatan. Namun, kesemua data kajian tidak menunjukkan penggunaan cara kesejadian atau keidiomatikan bahasa. Kelebihan hasil analisis ini adalah dapat membantu para penyusun kamus memperbaiki kualiti sesebuah kamus yang tepat dengan golongan sasarannya khususnya kamus ekabahasa Melayu yang sedia ada.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abu Bakar, A. F., & Subramaniam, V. (2015). Persembahan bahasa objek dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia. Issues in Language Studies, 4(2). https://doi.org/10.33736/ils.1656.2015

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free