NORMA BAHARU: KESAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PEMBANGUNAN MALAYSIA SEBAGAI PENERAJU PENYELIDIKAN DAN PUSAT RUJUKAN SERANTAU

  • Mohamad Noor N
  • Mohd Suberi A
  • Zulkifli F
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
9Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pandemik COVID-19 telah menunjukkan penggabungan dimensi siber dan fizikal adalah tidak mustahil dan telah menjadi norma baharu dalam kehidupan hari ini. Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan sejauh mana pandemik COVID-19 memberi impak kepada pembangunan modal insan di peringkat pengajian tinggi negara dan pembangunan penyelidikan nasional. Dua aspek ini merupakan aspek utama dalam mencapai status Malaysia sebagai peneraju penyelidikan dan pusat rujukan serantau menurut kerangka Kuasa Nasional. Kajian ini adalah kajian analisis kandungan dokumen. Pemilihan tema dalam pengumpulan data dirangka berdasarkan kerangka kajian yang menggariskan beberapa item iaitu (i) trend nasional pengajian tinggi dan penyelidikan yang berlaku sepanjang pandemik, (ii) kepentingan aktor-aktor tertentu dan (iii) impak pandemik menurut Kuasa Nasional. Berdasarkan data yang dikumpul, kajian ini mendapati pandemik COVID-19 melambatkan pembangunan Malaysia ke arah menerajui penyelidikan dan menjadi pusat rujukan serantau. Hal ini disebabkan, kerajaan masih tidak memiliki visi tersendiri dalam mengurangkan jurang pembangunan modal insan yang melebar dalam sistem pengajian tinggi negara disebabkan pandemik. Malaysia juga masih tidak berjaya untuk mengurangkan pengaruh aktor-aktor intervening yang semakin kuat semasa pandemik dalam ekosistem penyelidikan negara.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohamad Noor, N. H., Mohd Suberi, A. Z., Zulkifli, F., & Izhar, M. I. (2022). NORMA BAHARU: KESAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PEMBANGUNAN MALAYSIA SEBAGAI PENERAJU PENYELIDIKAN DAN PUSAT RUJUKAN SERANTAU. International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies, 3(5), 283–293. https://doi.org/10.47548/ijistra.2022.58

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free