Kitabiyah dalam Perkahwinan di Malaysia: Isu dan Cabaran

  • Arshad A
  • Abdullah R
  • Mat Ali S
N/ACitations
Citations of this article
27Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Akta dan enakmen undang-undang keluarga Islam negeri-negeri mengiktiraf perkahwinan antara lelaki Islam dan perempuan kitabiyah. Kitabiyah dan ahl al-Kitab digunakan secara bergantian dan telah dihuraikan sebagai seorang perempuan yang beriman kepada agama samawi dan memiliki Kitab suci, iaitu, Yahudi dan Kristian. Dalam kes Johan bin Abdul Walked Shaik v Runa Bangoe Olsen, mahkamah syariah mendapati bahawa perkahwinan yang dilangsungkan di Australia antara seorang lelaki Islam dan seorang perempuan Kristian adalah sah mengikut hukum syarak. Kes ini menggambarkan tafsiran istilah kitabiyah yang diterima pakai oleh mahkamah syariah di Malaysia untuk perkahwinan yang didaftarkan di bawah enakmen undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Selanjutnya, isu kitabiyah terpakai dalam situasi di mana suami memeluk agama Islam dan isteri masih seorang Yahudi atau Kristian. Oleh itu, makalah ini akan mengkaji isu kitabiyah dalam perkahwinan, penukaran agama suami yang bukan Islam kepada Islam dan implikasinya terhadap hak di bawah undang-undang keluarga atau pewarisan. Makalah ini juga akan mengkaji pendekatan dan cabaran praktikal terutamanya mengenai konsep perkahwinan antara agama. Kajian ini menggunakan analisis doktrin dengan meneliti sumber primer dan sekunder termasuk peruntukan undang-undang sama ada enakmen undang-undang keluarga Islam negeri, pendapat para fuqaha, kes-kes yang telah diputuskan dan lain-lain literatur undang-undang dan sebaliknya dari perspektif Islam dan Malaysia. Adalah dicadangkan bahawa tafsiran kitabiyah yang intensif diperlukan di Malaysia untuk memastikan pelaksanaannya tidak terlalu longgar dan ke arah mengiktiraf perkahwinan antara agama. Pada masa yang sama, tidak menutup ruang kepada para hakim berijtihad untuk memutuskan perkara yang berkaitan dengannya.

Cite

CITATION STYLE

APA

Arshad, A., Abdullah, R., & Mat Ali, S. A. (2022). Kitabiyah dalam Perkahwinan di Malaysia: Isu dan Cabaran. Kanun Jurnal Undang-Undang Malaysia, 34(2), 261–276. https://doi.org/10.37052/kanun.34(2)no4

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free