Abstract
su jati diri merupakan aspek penting dalam organisasi untuk memupuk penglibatan dan rasa setia individu terhadap organisasi. Berlandaskan konsep jati diri, kajian ini bertujuan untuk mengetahui konsep jati diri dalam kalangan warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di mana hasil kajian ini akan dapat mengenal pasti perkara yang perlu dilakukan untuk memupuk perasaan jati diri terhadap UKM. Teori yang mendasari kajian ini ialah teori Identiti Sosial (Turner & Tajfel, 1979). Kajian ini mensasarkan penyertaan warga kerja di peringkat pengurusan tertinggi dan profesional, ahli-ahli akademik dan kakitangan pelaksana. Instrumen kajian ialah sesi tembual. Soalan termubual dibangunkan berdasarkan tiga konstruk jati diri, iaitu setia, sayang dan bangga. Analisis data menunjukkan terdapat pemahaman jati diri yang berbeza dalam kalangan kakitangan UKM di mana ianya bergantung kepada jawatan kumpulan sasar tersebut. Walaupun terdapat perbezaan di mana segilintir responden bersedia untuk meninggalkan UKM sekiranya mereka mendapat tawaran yang lebih baik dari organisi luar, secara umum kakitangan UKM mempunyai semangat setia, sayang dan bangga yang agak tinggi dan positif terhadap UKM. Kajian lanjut pada masa hadapan boleh dilakukan bagi merungkai permasalahan yang timbul dalam kalangan warga UKM agar usaha memperkukuh jati diri UKM dapat dilaksanakan dengan lebih mantap dan komprehensif
Cite
CITATION STYLE
Mohd Nor, N. F., Sidek, H. F., Raja Noor Afandi, R. N. A., Omar, M. H., Ghazaly, H., Abzal Khan, M. Y., & Amil, Z. (2017). Kajian Jati Diri Kakitangan dalam Organisasi Universiti Kebangsaan Malaysia (A Study on Self-Identity Concept Among Universiti Kebangsaan Malaysia Staff). GEMA Online® Journal of Language Studies, 17(4), 293–309. https://doi.org/10.17576/gema-2017-1704-19
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.