Abstract
Kelestarian ilmu bahasa Arab di pondok-pondok mempunyai hubungan yang kuat di antara teknik pengajaran yang dipraktikkan oleh guru mereka serta kitab turath bahasa Arab yang digunakan. Sistem pengajian di pondok sememangnya antara satu wadah bagi menjaga kelestarian ilmu bahasa Arab. Penelitian kajian ini bertujuan untuk memperoleh pemahaman mengenai sumbangan kitab-kitab turath bahasa Arab dalam memastikan kelestarian ilmu bahasa Arab di pondok-pondok melalui pengajian kitab turath bahasa Arab. Fokus kajian ini dilakukan terhadap jenis-jenis kitab turath yang digunakan serta bagaimana amalan dan teknik yang digunakan dalam pengajian sistem pondok agar ianya dapat membantu para pelajar dalam memahami setaip subjek pembelajaran mereka dalam semua bidang pengajian Islam seperti ilmu feqah, usuluddin dan tasawuf. Proses mendapatkan maklumat dalam kajian ini menggunakan instrumen kajian kaedah temubual. Prosedur analisis data bermula dengan proses coding melalui tema yang telah ditentukan sebelum temubual dilaksanakan dengan peserta kajian. Seterusnya dinilai frekuensi data setiap tema yang diperoleh untuk menentukan kedudukan setiap maklumat yang dikaji dari ciri-ciri kitab turath bahasa Arab di pondok-pondok, teknik penilaian yang digunakan oleh guru-guru pondok bagi memastikan kefahaman pelajar, kaedah dan amalan pengajaran bahasa Arab di pondok-pondok. Dapatan bakal melihat jenis kitab turath yang digunakan, bagaimana guru-guru pondok menggunakan teknik & kaedah dan amalan serta penilaian kefahaman bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran kitab turath yang dilakukan.
Cite
CITATION STYLE
Abd Latif, K. A., Ismail, M. R., Ghazali, A. R., & Zulkapeli, N. S. (2021). Kelestarian Turath Bahasa Arab Di Pondok-pondok Sebagai Pemangkin Tradisi Ilmu (Satu Tinjauan Awal Lituratur). E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 3(2), 56–68. https://doi.org/10.53840/ejbl.v3i2.91
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.