Abstract
Istilah Living Hadis merupakan ungkapan baru khususnya bagi masyarakat Brunei. Istilah ini mula muncul dalam sebuah seminar di UIN Sunan Kalijaga yang mengangkat tema Living Qur’an sebagai Fenomena Sosial-Budaya dianjurkan pada 13-15 Mac 2005. Setelah itu ia mula menjadi perbincangan warga akademik khususnya di UIN Sunan Kalijaga dan secara langsung telah melahirkan karya-karya ilmiah yang mengangkat konsep Living Hadis. Dalam penulisan-penulisan ini mereka mengertikan konsep Living Hadis ini sebagai gejala yang membudaya dalam kalangan masyarakat yang berbentuk pola perilaku yang bersumber dari hadis Nabi Muhammad SAW. Ini bermakna tumpuan mereka adalah mengambil takwilan daripada masyarakat setempat semata terhadap amalan yang dianuti. Lantaran itu, kajian ini signifikan dijalankan bagi mengetahui definisi konsep yang dimaksudkan lebih-lebih lagi ia mirip dengan frasa masyhur iaitu Iḥyā’ al-Sunnah. Metodologi kajian dalam artikel ini menggunakan tinjauan kepustakaan dengan merujuk dan meneliti beberapa penulisan mengenai Living Hadis yang mula mekar dalam beberapa jurnal berwasit di Indonesia bagi mengenal pasti definisi yang diutarakan. Dalam pada itu, pengetahuan definisi yang ditemukan nanti akan dinilai kesesuaiannya dengan istilah Iḥyā’ al-Sunnah sebagai terminologi yang sudah diguna pakai pada zaman para sahabat dan tabiin. Seterusnya, dapatan kajian akan memberikan pencerahan mengenai keperluan untuk memahami nas agama khususnya nas hadis dalam bentuk pemahaman teks dan kontekstual. Lantas nas-nas berkenaan dapat dihidupkan secara “sahih” lebih-lebih lagi hadis berkaitan akidah.
Cite
CITATION STYLE
Shamsu, L. S., & Mohd Salleh, N. (2021). Menelaah konsep Living Hadis dan kaitannya dengan Iḥyā’ al-Sunnah: satu tinjauan literatur. HADIS, 11(21), 733–743. https://doi.org/10.53840/hadis.v11i21.145
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.