Abstract
Traditionally, the problem of children behavioural adjustment was linked to the factors of surrounding environment and biology. This universal phenomenon occurring all over the world is dubbed as endless and becoming even more complex up to recent. Behavioural adjustment problem faced during early childhood development period will influence the overall individual response towards social connection, personality, physical and mental health, numeracy and literacy skills, lingual ability, communicative skill, verbal ability, and academic success. This study intends to provide early exposure in relation to the level of children behavioural adjustment problem in Terengganu Islamic Foundation Kindergarten or Tadika Yayasan Islam Terengganu (TYIT). Children behavioural adjustment problems are assessed based on three categories which are hyperactive-distractible, hostile-aggressive, and anxious-fearful. A number of 380 TYIT children becomes the sample in this study. They are selected in a simple random manner from eight districts in the state of Terengganu. Overall finding of this study shows that the problem of behavioural adjustment amongst TYIT children is at low level. Hyperactivity, a form of children behavioural adjustment problem is at moderate level. Hostile-aggressive and anxious-fearful behavioural adjustment problems are at low level. Male children tend to show higher behavioural adjustment problems compared to female children. Itis suggested that teachers assess and prepares children‟s behavioural profiles so as to enable early intervention towards children whom are in need. Abstrak Secara tradisi masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak dikaitkan dengan faktor persekitaran dan biologi. Fenomena universal yang berlaku di seluruh dunia ini bukan sahaja tiada bernoktah, malah semakin kompleks mutakhir ini. Masalah penyesuaian tingkah laku yang dialami semasa zaman awal perkembangan kanak-kanak mempengaruhi keseluruhan tindak balas individu terhadap hubungan sosial, personaliti, kesihatan mental dan fizikal, kemahiran literasi dan numerasi, kebolehan berbahasa, kemahiran komunikasi, motivasi. kesediaan belajar, kesediaan ke sekolah, kebolehan berbahasa dan kejayaan dalam akademik. Kajian ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan tahap masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu (TYIT). Masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak dinilai berdasarkan tiga kategori masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak iaitu hiperaktif-terganggu, permusuhan- agresif dan kebimbangan-ketakutan. Seramai 380 kanak-kanak TYIT menjadi sampel dalam kajian ini. Mereka dipilih secara rawak mudah dari lapan daerah di negeri Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhannya masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak TYIT berada pada tahap yang rendah. Satu bentuk masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak berada pada tahap sederhana iaitu hiperaktif-terganggu. Dua bentuk masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak berada pada tahap rendah iaitu permusuhan-agresif dan kebimbangan-ketakutan. Kanak-kanak lelaki menunjukkan tahap masalah penyesuaian tingkah laku yang lebih tinggi berbanding kanak- kanak perempuan. Dicadangkan guru menilai dan menyediakan profil tingkah laku kanak-kanak agar intervensi awal dapat diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan.
Cite
CITATION STYLE
Mat Isa, Z., & Mat Teh, K. S. (2017). Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-Kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 1(1), 36–44. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v1i1.113
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.