Pemakaian Kaedah Iḥtiyāṭ Dalam MS1500: 2009: Prosedur Sembelihan Menurut Perspektif Mazhab Syafii

  • Baharuddin M
  • Wafaa’ Mazlan
  • Ridzwan Ahmad
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
13Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pemakaian kaedah iḥtiyāṭ banyak digunakan dalam kebanyakan hukum menurut mazhab Syafii untuk menghasilkan hukum yang jelas dan meyakinkan. Kaedah ini dilihat dapat menghasilkan hukum yang lebih tepat dan selari mengikut kehendak maqāṣid al-sharī’ah. Melihatkan kepada pengamalan mazhab Syafii yang dominan di Malaysia, maka kebanyakan standard dan peraturan yang diamalkan adalah berdasarkan hukum di dalam mazhab Syafii. Namun begitu, apabila diteliti terdapat beberapa perkara di dalam standard yang turut mengambil hukum daripada mazhab lain kerana dilihat lebih mudah untuk diamalkan. Ini menyebabkan berlakunya percanggahan hukum di dalam peraturan yang ditetapkan dengan apa yang diamalkan menurut mazhab Syafii termasuklah dalam isu berkaitan penyembelihan. Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan terhadap analisis mengenai hukum sembelihan di dalam MS 1500: 2009 menurut perspektif mazhab Syafii berdasarkan pemakaian kaedah iḥtiyāṭ untuk menjelaskan penyesuaian kaedah mazhab Syafii dalam perlaksanaan hukum. Analisis kajian menunjukkan bahawa kurangnya pemakaian kaedah iḥtiyāṭ dalam penetepan hukum mengenai sembelihan di dalam MS 1500: 2009 menyebabkan berlakunya percanggahan hukum antara peraturan yang ditetapkan dengan apa yang diamalkan di dalam mazhab Syafii.

Cite

CITATION STYLE

APA

Baharuddin, M., Wafaa’ Mazlan, Ridzwan Ahmad, & Norhidayah Pauz. (2022). Pemakaian Kaedah Iḥtiyāṭ Dalam MS1500: 2009: Prosedur Sembelihan Menurut Perspektif Mazhab Syafii. Journal of Fatwa Management and Research, 27(1), 15–30. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol27no1.373

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free