Abstract
Pembangunan modal insan merupakan proses melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran terkini agar dapat bersaing dan terus kekal dalam pasaran. Organisasi yang melengkapkan pembangunan sumber manusia melalui pembelajaran berterusan mampu menghasilkan transformasi berterusan yang melestarikan kecemerlangan. Penerapan pembelajaran pada peringkat individu, pasukan dan organisasi membantu organisasi melengkapkan warganya dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan maklumat terkini bagi membolehkan mereka bertindak dengan cekap, tepat dan pantas seiring dengan perubahan yang dinamik serta mengembangkan potensi diri. Kajian kualitatif pelbagai kes ini meneroka amalan pembelajaran dalam kalangan guru secara formal dan tidak formal pada peringkat individu, kelompok dan organisasi dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran bagi melaksanakan tugas. Kajian di empat buah sekolah cemerlang melibatkan 28 orang responden menggunakan kaedah temu bual secara mendalam disokong dengan pemerhatian dan dokumen memberikan gambaran amalan pembelajaran guru di sekolah tersebut. Analisis kes bersilang berdasarkan temu bual menggunakan perisian Nvivo 8 menunjukkan guru-guru mempunyai kecenderungan belajar pada peringkat individu, pasukan dan organisasi. Terdapat beberapa kaedah guru menaakul dan berkongsi ilmu serta kemahiran terutama dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga menunjukkan bahawa pemimpin memainkan peranan yang penting dalam memimpin pembelajaran peringkat organisasi termasuk perancangan dan pelaksanaannya. Sokongan pihak pengurusan dalam menggembleng pelbagai kebolehan dan kepakaran guru serta sumber lain memberi kesan terhadap pembelajaran pada peringkat individu dan pasukan.Kata kunci: Pembelajaran individu, pembelajaran pasukan, pembelajaran organisasi.
Cite
CITATION STYLE
Maidin, N. F. (2019). Organisasi Pembelajaran: Pembangunan Kapasiti Guru. Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN. https://doi.org/10.61374/temp06.19
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.