Pandemik COVID-19: Penjagaan Kendiri Dalam Memacu Kecerdasan Emosi

  • Abdul Aziz A
  • Ab Razak N
  • Muhamad Saad N
N/ACitations
Citations of this article
42Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Seluruh dunia kini sedang dilanda dengan krisis pandemic COVID-19 yang kian mengganas. Ramai antara individu terjejas dalam kehidupan seharian. Kehadiran virus pembunuh ini telah mengubah cara hidup kebanyakan individu dan menimbulkan pelbagai masalah berkaitan kesihatan mental dan fizikal. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara aktiviti penjagaan kendiri dan kecerdasan emosi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini agar tahap kesihatan rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kesan tekanan yang timbul rentetan pandemik COVID-19 ini. Metod kualitatif melalui kajian perpustakaan dengan menggunakan rekabentuk analisis kandungan telah memfokuskan kepada pemahaman terhadap konsep penjagaan kendiri dan kecerdasan emosi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai komponen dalam aspek penjagaan kendiri semasa pandemik COVID-19 iaitu komponen fizikal, mental, emosi dan spiritual. Manakala dalam meningkatkan kecerdasan emosi pula, terdapat lima faktor penentu termasuklah kesedaran kendiri (self-awareness), pengawalan kendiri (self-regulation), motivasi kendiri (self-motivation), empati dan kemahiran sosial (social skills). Tuntasnya, pengkajian ini dapat menjadi satu platform dan sumber rujukan baru khususnya terhadap institusi kesihatan negara dalam merangka pelan tindakan untuk membantu individu yang terkesan dengan kehadiran wabak COVID-19 ini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Aziz, A. R., Ab Razak, N. H., & Muhamad Saad, N. (2021). Pandemik COVID-19: Penjagaan Kendiri Dalam Memacu Kecerdasan Emosi. Sains Insani, 6(2). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.290

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free